Kuala Lumpur - 16 Januari 2010
45 Tahun Silat Cekak Hanafi telah dilancarkan dengan perancangan program yang mantap. Pada majlis yang sama turut dilancarkan Pandai Silat @ Cekak Hanafi yang merangkumi prinsip 5C iaitu:
i Cerdas (minda)
ii Cergas (fizikal)
iii Cekal (spritual)
iv Cekap (ilmu)
v Cepat (kemahiran)
Pada sebelah petang, Majlis diteruskan lagi dengan forum Pandai Silat @ Cekak Hanafi yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Amrahi Hj Buang. Ahli-ahli panel adalah Tuan Haji Md Nasir Md Arshad (Presiden), Dr Ahmad Nizam dan En Nizar (Yang Di Pertua Silat Cekak Hanafi Cawangan Perak).
Forum ini telah dapat memperbincangkan dan mengupas pandai silat dari perpekstif yang berbeza. Sesuai dengan tema perayaan pada kali ini, iaitu 'Satu Pemikiran Satru Tujuan'. Tuan Haji Nasir telah menerangkan keperluan kita untuk mengetengahkan Silat Cekak Hanafi sebagai medium untuk mencapai kepandaian dalam semua prinsip 5C tersebut. Ini kerana Almarhum Ustaz Hanafi telah menyediakan satu konsep yang dapat merobah kematangan individu dalam kegiatan Silat Cekak Hanafi dengan nilai-nilai yang terdapat silat ini.

Begitu juga panel forum yang kedua, Dr. Ahmad Nizam turut menerangkan aspek fizikal dan pergerakan yang terdapat di dalam Silat Cekak Hanafi. Beliau juga berkongsi tentang amalan pemakanan oleh Almarhum Ustaz Hanafi. Ulas beliau lagi, dalam segala aktiviti kita perlu merancang untuk membentuk diri kita termasuk bab pemakanan jangan ikut nafsu tetapi ikut keperluan sepertimana yang Almarhum tekankan.
Auditorium MPAJ terus hangat, apabila Encik Nizar terus mengupas kecekapan sebagai tenaga pengajar untuk memastikan pelajar dapat menguasai Silat Cekak Hanafi dengan baik. Ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dari sudut pembelajaran yang normal sehingga ke komprehensif. Kesan yang berlainan telah dapat dilihat oleh beliau sendiri.



