RUMUSAN OKTOBER 2021

Bulan Oktober 2021 merupakan bulan kegembiraan bagi seluruh warga Malaysia kerana rentas negeri telah dibenarkan oleh pihak kerajaan. Kami juga gembira kerana telah mendapat TIGA LENCANA baru daripada platform Facebook sebagai halaman yang lengkap dengan pelbagai informasi, aktif dengan perkongsian yang kerap dan juga komuniti aktif dengan penglibatan penonton

Selain itu, kami juga telah berjaya menganjurkan sebanyak EMPAT PROGRAM secara atas talian. Program-program tersebut adalah :

  1. Santai Otai & Tip Osem (SOTO) : Keselamatan Diri
  • Program ini telah berlangsung pada 16 Oktober 2021 bersama Tuan Haji Amruddin bin Buang, penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi). Program ini telah mendapat penglibatan penonton sebanyak 765 di Facebook dan 94 tontonan di YouTube.
  1. Sambutan Maulidur Rasul dengan ceramah Mencintai Rasulullah sepertimana Para Sahabat Mencintai Baginda
  • Program ini telah berlangsung pada 23 Oktober 2021 bersama Ustaz Mohd Sulaiman bin Nuba, timbalan pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul Tauhid Malaysia. Program ini telah mendapat penglibatan penonton sebanyak 287 di Facebook dan 28 tontonan di YouTube.
  1. Townhall Serikandi Silat Cekak Hanafi
  • Program ini telah berlangsung pada 30 Oktober 2021 bersama para serikandi dari pelbagai institut pengajian tinggi dan telah dirasmikan oleh Puan Norhayati binti Nordin, sekretariat Rasuah Busters. Program yang dianjurkan buat kali pertama ini telah disertai seramai 33 orang serikandi Silat Cekak Hanafi menggunakan platform Zoom Meeting secara tertutup.
  1. Anda Tanya, Pakar Jawab : Selamatkah kita?
  • Program ini telah berlangsung pada 31 Oktober 2021 bersama Mejar Mohd Faeizal bin Mahamad, pegawai staf 1 perundangan operasi markas Tentera Udara Diraja Malaysia dan Encik Norhaiby bin Shariff, setiausaha Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi. Program ini telah mendapat penglibatan penonton sebanyak 777 di Facebook dan 57 tontonan di YouTube.

Terima kasih pada semua yang terlibat. Semoga program-program yang dianjurkan ini memberi manfaat buat semua. Teruskan menyokong pihak persatuan Silat Cekak Hanafi dan nantikan pelbagai program kami di masa akan datang.