Majlis Muafakat Tertinggi ini adalah dianggotai oleh mereka yang nama-namanya tersusun mengikut senarai seperti di bawah, di mana majlis ini mempunyai kuasa-kuasa yang berikut :-

(a) Untuk mencadangkan dan mengisytiharkan Guru Utama Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi apabila kekosongan jawatan Guru Utama berlaku atas sebab kematian atau hilang kelayakan. Guru Utama ialah jawatan yang tertinggi guru yang bertanggungjawab mengajar Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi kepada ahli-ahli persatuan dan akan mempengerusikan Lembaga Pelajaran dan Tatatertib.

(b) Untuk membuat keputusan mengenai kes-kes perlanggaran etika terhadap mana-mana pegawai atau penyandang jawatan.

(c) Untuk membincangkan perkara-perkara pokok yang berkait dengan pergerakan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi agar kesepakatan kontrik dapat diwujudkan.

(d) Memberi pandangan dan nasihat tentang penyandang jawatan utama di dalam persatuan kepada Mesyuarat Agung Perwakilan apabila dirasakan perlu.

(e) Memberi pandangan dan panduan kepada Guru Utama dan Majlis Mesyuarat Kebangsaan terhadap perkara-perkara yang dibawa dan diputuskan oleh Majlis.

(f) Untuk mengambil langkah dan tindakan bagi menghapuskan segala salah faham di kalangan ahli-ahli bagi menjamin kemantapan perpaduan.

1. Guru Utama Atas Jawatan
2. Amruddin Bin Haji Buang
3. Md. Nasir Bin Md. Arshad
4. Kamarul Baharaini Bin Abd. Latiff
5. Marui@Marwi Bin Latif
6. Amrahi Bin Haji Buang
7. Kamaruzaman Bin Ahmad
8. Che Yusof Bin Che Mat
9. Mohd Shafiei Bin Abd. Latiff
10. Yahya Bin Abd. Rahman
11. Radzif Bin Muhammad
12. Abdul Rahman Bin Mohd Amin
13. Amrullah Bin Haji Buang
14. Nor Azlan Shah Bin Abdull Gaffoor
15. Norhaiby Bin Mohd Shariff
16. Roslan Bin Abdul Rashid
17. M. Razali Bin Jamaluddin
18. Mohammad Rais Bin Abu Noh
19. Amir Firdaus Bin Nordin
20. Noor Zainee Shah Bin Ibrahim
21. Mohd Fadzul b Mohidin