cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Gerak Pena - 'Siakap Senohong'

E-mail Cetak PDF
“Siakap senohong, gelama ikan duri, cakap bohong, lama-lama mencuri.”
Itu pantun ringkas orang tua-tua, sering diguna untuk menasihatkan anak-anak muda supaya jauhi sifat bohong.  
Bermula dari bohong, akan muncul perbuatan negatif lain. Itulah gambaran yang ingin disampaikan oleh pantun tersebut. Sedar atau tidak, dari kecil kita dah dididik untuk bercakap benar. 
Di sekolah, kalau murid-murid buat salah, cikgu akan marah. Tapi marah cikgu akan mengendur jika murid yang berbuat salah mengaku salah silapnya dan tidak meletakkan salahnya pada orang lain. Pendek kata, berbohong dan tidak akui silapnya. Tapi itu di alam sekolah.
Dalam konteks kehidupan, nilai-nilai murni seperti bercakap benar, jujur dan amanah amatlah penting. Itulah yang sering ditekankan oleh Pemimpin Agung Silat Cekak, Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad. Antara pesanannya yang sering diulang-ulang dan dipesan-pesan ialah “Jangan cakap bohong”. Kalau dah berbohong sekali, akan disusuli dengan bohong yang kedua bagi menutup bohong yang pertama, dan seterusnya, hinggakan timbul istilah “Bohong Sunat” sekadar penyedap hati bagi menutup perbuatan bohong yang dicipta oleh diri.
Kesan berbohong amatlah besar, terutamanya jika dilakukan individu berprofil tinggi dalam sesuatu organisasi. Bukan sahaja kredibiliti individu tersebut sahaja yang tercalar, malah reputasi organisasi itu sendiri akan turut sama menerima impak negatif. Jika ini berlaku, maka kepentingan dan kelangsungan sesuatu organisasi haruslah diutamakan berbanding kepentingan individu. Itulah langkah yang telah diambil oleh MMK sesi 2006/2009 dalam menyelamatkan perjuangan murni Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad melalui landasan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. 
Bermula dari bohong pisang goreng, air oren, berapa orang budak misteri yang jumlahnya sekejap 2 orang sekejap 3 orang, maka bermulalah satu episod bohong yang menggoncang kerukunan kita selama ini. Adakah semata-mata kerana sesuatu kita perlu berbohong? atau adakah perlu kita berbohong dalam masa tertentu? Fikir-fikirkanlah.....

 

Kita berjumpa lagi di lain hari.

Dari Fail Det. Konon – 'Kelangsungan Sumber'

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 05 Januari 2010 16:50 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com