cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Lensa - Wajadiri 2009 : Profil Kejohanan

E-mail Cetak PDF

Bangi - 22 Julai 2009

Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi telah berjaya dianjurkan dengan jayanya sebanyak 11 kali. Bermula pada tahun 1996 di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL), sehinggakan mencetuskan satu fenomena baru dalam pergerakan Silat Cekak Hanafi. Kesemua ahli Silat Cekak Hanafi seluruh negara dapat bertemu dalam masa dan tempat yang sama. Kesempatan ini juga, digunakan sepenuhnya untuk mengenali ahli-ahli dari berbagai peringkat kelas latihan yang berlainan yang terdiri daripada Institut Pengajian Tinggi, Sekolah dan juga pusat latihan di setiap negeri. Pihak universiti juga mendapat satu nilai tambah hasil daripada penganjuran kejohanan ini. Secara tidak langsung, Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Hanafi telah membuka mata masyarakat bahawa Silat Cekak Hanafi sebagai satu medium untuk mengeratkan tali silaturrahim walaupun berlainan Universiti atau sekolah.

Bermula dari sebilangan kecil sahaja pasukan yang bertanding di tahun pertama kejohanan, jumlah ini meningkat di setiap tahun, yang menyaksikan pertambahan penyertaan pasukan dari pelbagai peringkat IPT dan juga sekolah. Berikut adalah antara Universiti yang telah berjaya menjadi penganjur Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi:

1996 - Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL)
1997 - Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL)
1998 - Universiti Islam Antarabangsa, Gombak (UIA)
1999 - Universiti Putra Malaysia, Serdang (UPM)
2000 - Universiti Malaya, Lembah Pantai (UM)
2001 - Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (UKM)
2002 - Universiti Teknologi MARA, Shah Alam (UiTM)
2003 - Universiti Tenaga Nasional, Bangi (UNITEN)
2004 - Universiti Teknologi Petronas, Tronoh (UTP)
2005 - Universiti Teknologi Malaysia City Campus, Kuala Lumpur (UTMKL)
2008 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Tahun ini sekali lagi UKM, Bangi diberi kepercayaan sebagai tuan rumah Wajadiri Ke-12 oleh Lembaga Pelajaran dan Tataterib, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

 
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com