cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi Ke 19 Negeri Sembilan 2016 : 2 Pasangan Kembar Seiras Mencipta Sejarah

E-mail Cetak PDF

Bagi pasangan Julias bin Johari dan adiknya Julian, Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi Ke 19 ini merupakan penyertaan sulung mereka.


Julias (kanan) dan adiknya Julian (kiri)

Mula mempelajari Silat Cekak Hanafi pada tahun 2015 di Akademi Silat Cekak Hanafi Kuala Lumpur dan tamat pada awal tahun 2016 menjadikan mereka begitu bersemangat mewakili pasukan Akademi Silat Cekak Hanafi Kuala Lumpur. Menurut pasangan kembar ini yang juga merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang Kuala Lumpur, usia 14 tahun bukanlah penghalang kepada mereka dalam mewakili pasukan ke kejohanan peringkat nasional seperti ini, disokong oleh tahap kemahiran dan kerjasama seluruh ahli pasukan. Pasangan ini telah memenangi pingat gangsa bagi Kategori 4 - Umum.

 


Julias dan Julian (No 1 dan 2 dari kanan) bersama rakan-rakan sepasukan

Penglibatan mereka dalam aktiviti Silat Cekak Hanafi ini didorong sokongan bapa mereka, En Johari yang begitu bersungguh-sungguh mahukan anak-anaknya mempelajari seni pusaka bangsa ini. Menurut beliau, Silat Cekak Hanafi sebagai seni pusaka bangsa wajib dipelajari agar dapat membentuk peribadi generasi muda ke arah yang lebih baik. Pasangan kembar ini telah berjaya merangkul pingat gangsa dalam Kategori Umum menewaskan pasukan lain dari seluruh negara.


Nur Amalina (kiri) dan adiknya Amaliya (kanan)

Manakala pasangan kembar Nur Amalina bt Mohamad Rosman dan adiknya Nur Amaliya yang mewakili pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pula membuat penampilan ke 4 dalam Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi Ke 19 tahun 2016. Pasangan ini mula mempelajari Silat Cekak Hanafi pada tahun 2012 di UNISZA, Terengganu. Kini Amalina menyambung pengajian dalam ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Syariah manakala Amaliya dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al Quran & Sunnah di UKM.


Amalina dan Amaliya bersama pingat yang dimenangi.


Pasangan ini memenangi pingat Perak dalam Kategori 7 - Senaman Asas Wajadiri dan pingat gangsa bagi Kategori 4 - Umum dan Kategori 6 - Adegan Praktikal. Mahasiswa kembar yang berusia 22 tahun ini juga turut aktif sebagai ahli jawatankuasa Persatuan Silat Cekak Hanafi di kampus mereka.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasangan ini. Semoga akan sentiasa mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 10 April 2016 16:29 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com