cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

USTAZ HANAFI & PERJUANGAN SILAT CEKAK Di IPT

E-mail Cetak PDF

Kajang, 10 Januari 2014 - Kegiatan ko kurikulum di IPT menjadi salah satu elemen penting dalam pembentukan sahsiah dan disiplin di kalangan mahasiswa terutamanya sebagai persiapan menghadapi alam pekerjaan kelak.

 

 

Demikian menurut Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH) UNITEN, saudara Muhammad Aqmal Azim bin Abdul Aziz.

Menyedari akan hakikat itu, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH) UNITEN telah menganjurkan suatu forum Minda Hanafi bertajuk "USTAZ HANAFI & PERJUANGAN SILAT CEKAK Di IPT".

Forum tersebut antara lain bertujuan sebagai pendedahan kepada mahasiswa sekarang mengenai graduan dari pelbagai latar belakang akademik di IPT yang telah berjaya di dalam bidang pekerjaan masing-masing hasil daripada pengalaman yang diperolehi dalam penglibatan mereka di dalam aktiviti Silat Cekak Hanafi ketika bergelar mahasiswa dahulu.

Selain itu, ia juga untuk mendedahkan kefahaman yang dibawa oleh Almarhum Ustaz Hanafi Hj. Ahmad dalam usaha membentuk jati diri penuntut yang cemerlang serta bagi membentuk ahli- ahli yang bukan sahaja pandai bersilat tetapi mampu bersaing, matang berfikir dan mempunyai pegangan hidup.


Ahli panel yang terlibat adalah Presiden Silat Cekak Hanafi, Dato' Hj. Md Nasir bin Md Arshad, Ketua Eksekutif Akademi Cekak Hanafi, Tuan Hj. Amruddin bin Hj. Buang & Naib Presiden Silat Cekak Hanafi, Encik Nor Azlan Shah bin Abdull Gaffoor.

Program tersebut dihadiri oleh mahasiswa yang menuntut Silat Cekak Hanafi daripada IPT sekitar Lembah Klang.

Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 10 Januari 2015 21:01 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com