cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Lensa : Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke 15 Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi)

E-mail Cetak PDF

Kuala Lumpur, 3 Mei 2014 -  Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke 15 Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) telah berlangsung dengan jayanya di Akademi Silat Cekak Hanafi.

Mesyuarat agung tersebut yang bermula jam 10 pagi dihadiri oleh semua perwakilan dan ahli-ahli Silat Cekak Hanafi dari sekitar Lembah Klang. Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi), Dato' Md Nasir telah mengumumkan berita yang menggembirakan semua pendukung Silat Cekak Hanafi, berkaitan dengan kemenangan Persatuan dalam kes mahkamah.

Selain itu juga, beberapa cawangan telah menunjukkan peningkatan positif dalam pengurusan kelas latihan di cawangan masing-masing. Diharapkan perkembangan yang sihat ini dapat memberikan semangat dan motivasi kepada semua pendukung Silat Cekak Hanafi untuk terus menggerakkan Silat Cekak Hanafi seperti mana yang diamal dan dianjurkan oleh Pemimpin Agung Silat Cekak, Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad.

 
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com