cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN PERWAKILAN KALI KE-15 PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

E-mail Cetak PDF

Seperti mana peruntukan di dalam perlembagaan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) di bawah peraturan 7,

maka dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan Perwakilan Kali Ke-15 Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) akan di adakan mengikut butiran seperti berikut:

 

Tarikh : 3 Mei 2014
Hari : Sabtu
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Akademi Silat Cekak Hanafi, No. 3 Lorong Kiri 1, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur

Agenda Mesyuarat Agong Tahunan Perwakilan Kali Ke-15 adalah seperti berikut:

(i) Ucapan Aluan Pengerusi
(ii) Ucapan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi)
(iii) Menerima dan meluluskan Minit Mesyuarat Agong Perwakilan Kali Ke-14
(iv) Perkara-perkara berbangkit
(v) Menerima penyata tahunan Majlis Mesyuarat Kebangsaan mengenai kerja-kerja Persatuan bagi tahun berakhir 31 Disember 2013
(vi) Menerima penyata tahunan Bendahari Agong dan kira-kira tahunan yang telah diaudit tahun berakhir 31 Disember 2013
(vii) Membincangkan usul dan cadangan
(viii) Ucapan penangguhan

Sehubungan dengan itu, sebarang usul hendaklah dibuat secara bertulis dan diberikan kepada Setiausaha Agung secara emel atau pos.

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 20 Mac 2014 07:48 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com