cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi 2014

E-mail Cetak PDF

22hb Februari 2014, Kuala Lumpur - Sambutan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi 2014 telah berlangsung dengan meriahnya, bertempat di Akademi Silat Cekak Hanafi. Majlis tersebut dirasmikan oleh Guru Utama Silat Cekak Hanafi, YM En Marwi Latiff.

 

YM Guru Utama turut menyampaikan amanat beliau untuk penghayatan semua tenaga pengajar. Majlis tersebut yang dihadiri oleh tenaga pengajar dari pelbagai kelas latihan seluruh negara menyaksikan beberapa anugerah penghargaan diberikan kepada kelas latihan-kelas latihan yang menunjukkan pencapaian yang amat positif dalam pelbagai aspek. Sesi taklimat mengenai 'Pelan Hindari Jenayah' turut disampaikan oleh Akademi Silat Cekak Hanafi sebagai perkongsian bermanfaat untuk semua tenaga pengajar Silat Cekak Hanafi.

Tahniah kepada semua tenaga pengajar yang telah menerima tauliah mengajar bagi tahun 2014, semoga Silat Cekak Hanafi akan sentiasa berkembang untuk manfaat bersama. Selamat Cekak Hanafi!

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 25 Februari 2014 07:31 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com