cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Lensa : Majlis Anugerah Kecemerlangan Silat Cekak Hanafi & Sambutan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi 2013

E-mail Cetak PDF

Kuala Lumpur, 16 Februari 2013 - Para pendokong Silat Cekak Hanafi semakin bersemangat meneruskan perjuangan Silat Cekak Hanafi seperti mana yang dianjurkan oleh Pemimpin Agung Silat Cekak Hanafi, Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad.

Begitulah gambaran sepanjang berlangsungnya Sambutan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi 2013 dan disusuli dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan Silat Cekak Hanafi yang penuh istiadat.

Sambutan Hari Tenaga Pengajar yang diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk menghargai sumbangan yang dicurahkan oleh semua tenaga pengajar dalam menyampaikan Silat Cekak Hanafi kepada penuntut. Dalam majlis ini, semua tenaga pengajar menerima tauliah Jurulatih Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3.

Para penerima Sijil Rendah Persilatan (SRP) yang terdiri daripada pelbagai peringkat Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi dari seluruh negara berkumpul di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi menerima sijil masing-masing yang disampaikan sendiri oleh Guru Utama Silat Cekak Hanafi, YM En Marwi Latiff.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima SRP, Tenaga Pengajar dan juga kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis kali ini. Hidup Cekak Hanafi!

 
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com