cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Taklimat Khas Perkembangan Persatuan

E-mail Cetak PDF

TAKLIMAT KHAS  

TARIKH               :               28 Ogos 2010 

TEMPAT               :               Akademi Silat Cekak Hanafi 

WAKTU               :               10.00 malam 

 OBJEKTIF

 

·        Menerangkan kepada ahli-ahli status terkini berhubung kes mahkamah yang melibatkan  Persatuan dan mantan Presiden/Guru Utama Md Radzi Hj. Hanafi (MRH).

 

·        Membincang dan menyusun strategi untuk menghalang MRH dan pengikut-pengikutnya dari menggunakan nama, logo, lambang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. 

 

  1. MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
    GUAMAN SIVIL NO. R3(R1)-22-06-06
    OMAR B. A RAHMAN vs. MMK

 

 

 

 

 

 

  1. Omar A. Rahman (Plantif) telah memfailkan Writ Saman pada 19 September 2006 untuk menuntut deklarasi pembatalan dan ketidaksahan Mesyuarat Agong Perwakilan (MAP) Ke-9 dan juga deklarasi terhadap kesan lanjutan dari ketidaksahan itu.

 

  1. Plantif memfaikan writ saman tersebut atas kapasiti beliau sebagai Setiausaha cawangan Melaka pada ketika itu.

 

  1. Plantif memohon satu perintah mahkamah agar mesyuarat agong luarbiasa diadakan atas alasan  MAP ke-9 dihadiri oleh wakil cawangan Pulau Pinang (3 orang) di mana cawangan Pulau Pinang telah dibatalkan pendaftarannya.

 

  1. Plaintif juga dalam masa yang sama telah memfailkan permohonan injunksi di mahkamah yang sama pada 19 September 2006 menuntut Defendan (barisan MMK sesi 2006/09 seramai 13 orang) ditahan daripada mengambil tindakan sebaga penjawat jawatan kepada mana-mana ahli Persatuan dan daripada menggunakan wang Persatuan sehingga diperintahkan sebaliknya oleh mahkamah.

     

     

     

     

     

     

  1. Bicara untuk permohonan injunksi telah berlangsung pada 10 Disember 2008 di mana Yang Arif Hakim telah menolak permohonan injunksi Plantif dengan kos. Alasan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Lampiran 1.

 

  1. Manakala Plantif berhasrat untuk meneruskan kes bicara penuh untuk Writ Saman di mana mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes (sebelum bicara penuh dapat dijalankan) pada 18 Februari 2010 di hadapan hakim.

 

  1. Pada 4 Mac 2010 Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato’ Hj. Mohamed Apandi bin Hj. Ali telah memutuskan bahawa Writ Saman dan Penyata Tuntutan Omar A Rahman telah dibatalkan di bawah peruntukan Aturan 30 Kaedah 7 Akta Mahkamah Tinggi.  Keputusan Mahkamah Tinggi di Lampiran 2.

 

  1. Peguam Persatuan telah mengemukakan kos sebanyak RM50,000 terhadap Omar A. Rahman.  Sehingga kini pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur belum lagi menetapkan tarikh perbicaraan untuk kos.
 

 

 

 

 

 

IMPLIKASI KEPUTUSAN MAHKAMAH

 

1.      Lanjutan dari keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 24 Jun 2010 Persatuan telah menghantar surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bertujuan memberi penjelasan kedudukan Persatuan.

 

2.      Salinan asal perintah yang dimeterai oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga telah diberikan kepada ROS bersama-sama surat tersebut.

 

3.      Pada 5 Julai 2010, Persatuan telah menerima surat jawapan dari ROS yang menyatakan bahawa ROS mengambil maklum keputusan pembatalan kes R3(R1) -22-06-06 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Mac 2010 dan menerima keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan PSSCUHM yang telah diadakan pada 11 Mac 2006.  Salinan surat ROS di Lampiran 3.

 

4.      Dengan demikian bermaksud ahli-ahli MMK yang dilantik pada Mesyuarat Agung Perwakilan ke 9 bagi sesi 2006/2009 adalah SAH dan segala keputusan yang dibuat oleh MMK selepas Mesyuarat Agung Perwakilan juga adalah SAH.

 

5.      Ini termasuk keputusan untuk menggantung keahlian MRH (mulai 13 Ogos 2006) dan seterusnya memecat MRH (pada 25 Mac 2007 setelah menerima keputusan MMT untuk melucutkan jawatan Guru Utama MRH mulai 18 Mac 2007 dan melantik YM En. Marwi b. Latif sebagai Guru Utama yang baru) dari menjadi ahli Persatuan sebagai sah.

 

6.      Oleh yang demikian dan berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ROS maka MMK bagi sesi 2009/12 yang mentadbir Persatuan sekarang adalah SAH.

 

7.      MRH serta pengikut-pengikutnya TIDAK boleh menggunakan nama, logo, lambang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia di dalam aktiviti mereka. 

 

B.      MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

SAMAN PEMULA NO. R3(R2)-24-38-2007

MD RADZI B. HANAFI vs. RAMLEE ABD RAHMAN (S/U PERSATUAN)

 

1.      Saman pemula difailkan oleh Md Radzi (Plantif) untuk satu deklarasi bahawa perkara di bawah adalalah tidak sah dan terbatal:-

 

·         Keputusan JK Siasatan dan JK Kehakiman

·         Keputusan menggantung keahlian

·         Keputusan perlucutan jawatan sebagai Presiden dan Guru Utama

 

2.     Plantif ingin mendapat perintah rektifikasi mengarahkan Defendan (Persatuan) memfailkan dokumen berkaitan dengan Pendaftar Pertubuhan bagi tujuan bagi mengembalikan Plaintif kepada kedudukan asal.

 

3.    Plantif ingin mendapat perintah larangan mandatori menghalang Defendan daripada mengganggu Plantif dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Presiden dan Guru Utama.

 

4.      Plantif menuntut ganti rugi am ditaksirkan, kos dan relif lain.

 

5.      Bicara saman pemula telah berlangsung pada 7 September 2009 dan keputusan kes diumumkan pada 20.10.2009 di mana Yang Arif Hakim menolak permohonan Plantif atas alasan bahawa Defendan tidak melanggar hak keadilan asasi Plantif kerana Defendan telah mengikut peraturan dan acara dalaman Persatuan.

 

6.      Yang Arif Hakim berkata “left entirely to members so long it conforms strictly to the rules….court may not intervene…..

 

7.      Plantif telah pada 6 November 2009 memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan Malaysia dan kini dalam proses pendaftaran kes di situ.

 

 

C.      MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

GUAMAN SIVIL NO. R3(R1)-22-06-07

RAMLEE ABD RAHMAN (S/U PERSATUAN) vs. MD RADZI HANAFI

 

1.      Writ Saman difailkan oleh Persatuan (Plantif) pada 30 April 2007.

 

2.      Dalam masa sama, Permohonan Injunksi juga telah difailkan oleh Plantif untuk:-
 

·         Menahan Defendan dari memaparkan dirinya sebagai Presiden dan Guru Utama Persatuan

 

·         Mengemukakan akaun penuh kutipan yuran ijazah dan kembali kesemuanya kepada Persatuan

 

·         Mendapat perintah ganti rugi

 

3.      Bicara injunksi Plantif yang ditetapkan pada 3 Disember 2009 telah ditangguhkan untuk perbicaraan ke 8 Februari 2010 jam 8 pagi.

 

4.      Bicara Injunksi Plaintif ditetapkan untuk bicara lanjut pada 14 Julai 2010 di mana Yang Arif Hakim telah memanggil kedua-dua pihak untuk hadir ke Mahkamah bagi membincangkan  penyelesaian. Antara perbincangan dan cadangan yang dikemukakan adalah :-
 

·         Defendan meneruskan dengan Silat Cekak Pusaka Hanafi memandangkan persatuan tersebut telah ditubuh dan didaftarkan; dan

 

·         Plaintif meneruskan dengan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

 

Namun Defendan tidak bersetuju dan mencadangkan agar Plaintif bergiat di bawah Akademi Silat Cekak Hanafi. Hal ini tidak dipersetujui oleh Plaintif. Tiada sebarang penyelesaian dicapai dan Yang Arif Hakim mencadangkan agar Permohonan Injunksi Plaintif ditarik balik tanpa kos kerana Yang Arif Hakim akan menetapkan tarikh bicara penuh yang awal iaitu 29 Julai 2010.

 

Yang Arif Hakim juga telah merekodkan Akujanji dan Waad Defendan bahawa beliau :-

 

·         Dilarang dari memaparkan dirinya sebagai Presiden dan Guru Utama Plainif;

 

·         Dilarang dari menjalankan sebarang aktiviti di bawah nama Plaintif; dan
 

·         Dilarang dari mengutip yuran ijazah atas nama Plaintif sehingga kes ini selesai dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah.

 

Akibat dari pelanggaran Akujanji dan Waad ialah Defendan boleh ditahan dan dihukum penjara dalam jangkawaktu yang menasabah oleh Mahkamah.

 

Sila lihat surat dari Tetuan Tengku Azlina, Azlan Shah & Azhar di Lampiran 4

 

5.      Tarikh bicara penuh pertama berlangsung pada 29 Julai 2010 di mana saksi pertama Plaintif (Persatuan) iaitu Presiden telah memberi keterangan dan kes bersambung pada 11 Ogos 2010. Akujanji dan Waad Defendan diteruskan sehingga kes selesai dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah.

 

6.      Tarikh bicara penuh lanjutan telah diadakan pada 11 Ogos 2010 dengan sambungan soal balas saksi pertama Plaintif dan perbicaraan diteruskan dengan 3 orang saksi dari Persatuan termasuk Setiausaha Agung Persatuan bagi sesi 2006/2009.  Akujanji dan Waad Defendan diteruskan sehingga kes selesai dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah.

 

7.      Perbicaraan selanjutnya akan diadakan pada 29 dan 30 September 2010 di mana Plaintif akan memanggil lagi 5 orang saksi untuk memberi keterangan. Selepas selesai saksi Plaintif, pihak Defendan pula akan memanggil saksi mereka untuk memberI keterangan.

 

8.       Persatuan difahamkan pihak Defendan akan mengemukakan 5 orang saksi termasuk Md. Radzi Hj. Hanafi. 

 

KEDUDUKAN TERKINI DENGAN JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS)

 

1.      Pada 27 Jun 2009, Persatuan telah menghantar Serahan Borang 9, Borang 10 dan Penyata Tahunan bagi tahun 2006, 2007 dan 2008.

 

2.      Terdapat 3 perubahan yang telah dikemukakan oleh Persatuan kepada ROS iaitu:-
 

a.       Pertukaran alamat tempat urusan;

b.      Senarai terbaru ahli Majlis Muafakat Tertinggi (MMT); dan

c.       Pembubaran cawangan

 

3.      Sehingga kini Persatuan masih lagi menunggu surat kelulusan dari ROS mengenai perkara di atas. 

 

4.      Pada 19 Ogos 2010 pihak Persatuan telah berjumpa dengan pegawai di ROS Wilayah Persekutuan bagi membincangkan perkara-perkara yang masih lagi tertangguh.
 

5.      Kelulusan dari ROS adalah penting kerana Persatuan harus mengambil tindakan segera terhadap cawangan-cawangan yang masih menjalankan aktiviti atas nama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

 

Muat turun Lampiran 

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 22 September 2010 08:56 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com