cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Ringkasan Kronologi kes Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

E-mail Cetak PDF

Ringkasan Kronologi kes Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

No.

Tarikh

Peristiwa

1

10 Mac 2006

Peristiwa mencabul kehormatan wanita didakwa dilakukan oleh En Md Radzi Hj Hanafi, Presiden / Guru Utama Silat Cekak Hanafi. 

2

11 Mac 2006

Mesyuarat Agong Perwakilan kali ke 9 telah diadakan dan pemilihan ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan sesi 2006/2009 diadakan. 

3

8 April 2006   

Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) bagi sesi 2006/2009 telah dibentuk sepenuhnya. 

4

12 April 2006

Aduan salah laku Encik Md Radzi Hj Hanafi termasuk kes mencabul kehormatan wanita telah dikemukakan secara rasmi oleh seorang ahli. 

5

2 May 2006

Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) telah membentuk Jawatankuasa Penyiasatan Dalaman dan Jawatankuasa Penghakiman Dalaman untuk menangani kes aduan salah laku yang diterima. 

6

7 May 2006

Encik Md Radzi Hj Hanafi telah mengemukakan surat bercuti dari jawatan Presiden dan meminta Naib Presiden, Tuan Hj Md Nasir Md Arshad untuk menjalankan tugas dan memangku jawatan Presiden. 

7

16 May 2006

Jawatankuasa Penyiasatan Dalaman memulakan siasatan. 

8

26 Julai 2006

Jawatankuasa Penyiasatan Dalaman selesai menjalankan siasatan dan mendapati bahawa aduan pencabulan itu ada asas yang kukuh. 

9

6 Ogos 2006

Jawatankuasa Penghakiman yang bersidang dan telah membuat keputusan bahawa Encik Radzi Hj Hanafi bersalah terhadap perbuatan mencabul dan telah mencadangkan kepada Majlis Mesyuarat Kebangsaan supaya mengambil tindakan Tatatertib di bawah Perkara 24 Ceraian 3 Perlembagaan Persatuan. 

10

13 Ogos 2006           

Majlis Mesyuarat Kebangsaan menerima keputusan Jawatankuasa Penghakiman dan dengan itu beliau telah dikenakan tindakan digantung keahlian berdasarkan Perkara 24 Ceraian 3 (b) Perlembagaan Persatuan. 

11

25 Ogos 2006

MMK menerima notis Mesyuarat Agong Luar Biasa dari cawangan-cawangan yang mendakwa pemilihan MMK pada Mesyuarat Agong Perwakilan ke 9 tidak sah kerana dihadiri oleh tiga (3) orang ahli cawangan Pulau Pinang yang tidak sah. Pihak cawangan meminta supaya Mesyuarat Agong Luar Biasa diadakan dan pemilihan semula MMK dibuat. 

11

25 Ogos 2006

MMK membuat keputusan ianya tidak perlu diadakan kerana permohonan tidak dilakukan secara bersama seperti yang dikehendaki di dalam perlembagaan dan juga Mesyuarat Agong Luar Biasa tidak boleh diadakan untuk memilih ahli MMK. 

12

3 September 2006

Mesyuarat Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) telah diadakan atas berikutan permintaan MMK supaya MMT mengkaji semula kedudukan En Md Radzi Hj Hanafi sebagai Guru Utama Silat Cekak Hanafi berikutan beliau didapati bersalah terhadap perbuatan mencabul kehormatan wanita. 

MMT memutuskan Encik Md Radzi Hj Hanafi kekal sebagai Guru Utama. 

13

15 September 2006

Setiausaha cawangan Melaka, Omar Abdul Rahman telah mengambil tindakan menyaman MMK dan memohon injuksi supaya menghalang MMK dari menjalankan tugas. 

14

17 September 2006

MMK telah menolak keputusan MMT yang masih mengekalkan Encik Md Radzi Hj Hanafi sebagai Guru Utama kerana keputusan MMT dibuat tidak mengikut peraturan perlembagaan. 

15

19 September 2006

Bapa mangsa cabul telah membuat laporan polis terhadap Encik Md Radzi Hj Hanafi. 

16

26 Januari 2007

Encik Md Radzi Hj Hanafi telah ditahan reman oleh pihak polis. 

17

18 Mac 2007

Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) telah membuat keputusan untuk melucutkan jawatan Guru Utama Encik Md Radzi Hj Hanafi dan seterusnya menamakan Encik Marwi Latif sebagai Guru Utama yang baru. 

18

25 Mac 2007

MMK telah menerima keputusan MMT dan seterusnya telah memecat Encik Md Radzi Hj Hanafi dari menjadi ahli persatuan. 

19

31 Mac 2007

Majlis Pengistiharan Encik Marwi Latif sebagai Guru Utama yang baru dilakukan oleh MMT. 

20

April 2007

Pekeliling MMK dihantar kepada cawangan-cawangan meminta cawangan-cawangan menerima perlantikan Encik Marwi Latif sebagai Guru Utama yang baru. 

21

30 April 2007

MMK telah menfailkan tindakan saman dan injuksi terhadap Encik Md Radzi Hj Hanafi. 

Encik Md Radzi Hj Hanafi pula menfailkan saman pemula untuk mendapatkan semula jawatan beliau. 

22

17 Julai 2007

Encik Md Radzi Hj Hanafi telah didakwa di  Mahkamah Magistrate Ampang Selangor di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan bagi kes mencabul kehormatan. 

23

Sept. – Dis. 2007

Penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi di beberapa negeri oleh cawangan-cawangan negeri. 

24

2 November 2008

MMK membuat keputusan untuk membubarkan cawangan-cawangan dan memecat ahli-ahli yang ingkar terhadap arahan MMK supaya menerima Encik Marwi Latif sebagai Guru Utama yang baru. 

25

10 Disember 2008

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan menolak permohonan injuksi oleh Setiausaha Cawangan Melaka, Omar Abdul Rahman. 

26

22 Januari 2009

MMK membuat keputusan sekali lagi untuk membubarkan cawangan dan ahli-ahli yang engkar terhadap arahan MMK. 

27

23 Mac 2009

Setiausaha Agong telah mengeluarkan Notis Pembubaran cawangan kepada cawangan-cawangan yang ingkar arahan MMK. 

28

28 Mac 2009

Dimaklumkan bahawa cawangan-cawangan dan penyokong Encik Md Radzi Hj Hanafi telah membuat Mesyuarat Agong Luar Biasa dan memilih ahli MMK mereka tanpa mengikut peraturan perlembagaan. 

29

24 April 2009

Setiausaha Agong mengeluarkan Perintah Pembubaran cawangan. 

30

6 Jun 2009     

Mesyuarat Agong Perwakilan ke 10 diadakan dan pemilihan MMK bagi sesi 2009/2012 telah dibuat. 

31

20 Oktober 2009           

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan menolak saman pemula Encik Md Radzi Hj Hanafi untuk mendapatkan semula jawatan beliau. 

32

4 Mac 2010   

Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato’ Hj Mohamed Apandi bin Hj. Ali telah memutuskan bahawa Writ Saman dan Penyata Tuntutan Setiausaha Cawangan Melaka, Omar Abdul Rahman telah dibatalkan dibawah peruntukan Aturan 30 Kaedah 7 Akta Mahkamah Tinggi. 

33

5 Julai 2010

Surat daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Penjelasan Tentang Kedudukan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. 

34

14 Julai 2010

Di dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Encik Md Radzi Hj Hanafi telah memberi Akujanji dan Berwaad untuk tidak mempresentasikan diri sebagai Presiden dan Guru Utama Silat Cekak Hanafi serta tidak menjalankan aktiviti pengijazahan dan pungutan yuran. 

 Tamat

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 06 September 2010 09:56 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com