LEMBAGA PELAJARAN DAN TATATERTIB (LPT)
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
Guru Utama yang diisytiharkan oleh Majlis Muafakat Tertinggi akan menubuhkan satu lembaga yang dipanggil Lembaga Pelajaran dan Tatatertib, di mana Guru Utama menjadi Pengerusinya.
Guru Utama akan melantik empat (4) hingga lima belas (15) orang untuk menjadi ahli lembaga ini untuk jangka masa dua (2) tahun, dan jawatan ahli lembaga ini boleh disambung semula.
Tanggungjawab lembaga ini ialah :-
(a) Menasihatkan Majlis Mesyuarat Kebangsaan mengenai tindakan tatatertib terhadap mana-mana ahli persatuan, jika Majlis Mesyuarat Kebangsaan merujukkan kepadanya.
(b) Secara menyeluruh mengatur dan mengawal segala hal ehwal pengajaran, murid dan tenaga pengajar Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi. Untuk maksud ini lembaga bolehlah membuat peraturan-peraturannya dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Kebangsaan bagi melicinkan perjalanan pengajaran Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi.
(c) Melantik dan mengugurkan segala jawatan yang diwujudkan bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya.
SENARAI AHLI LPT
Pengerusi
YM. Tn. Hj. Amruddin Bin Hj. Buang
Ahli – Ahli Lembaga:
Dato’ Hj. Md. Nasir Bin Md. Arshad
Tn. Hj. Kamarul Baharaini Bin Abd. Latiff
En. Kamaruzaman Bin Hj. Ahmad
Tn. Hj. Amrahi Bin Hj. Buang
En. Radzif Bin Muhamad
En. Mohammad Rais Bin Abu Noh
En. Norhaiby Bin Mohd Shariff (Setiausaha)
En. Azwan Yunos Bin Omar
En. Mohd Azwan bin Othman
En. Mohd Fadzul Bin Mohidin
En. Roslan Zairi Bin Ahmad Zawawi
En. Raemy Bin Md Zein
Tn Hj Hishamuddin Bin Ibrahim
Bendahari Agung atas jawatan
Setiausaha Agung atas jawatan
En Nur Muhamad Hafiz Bin Esak (Setiausaha Kerja)
Eksekutif LPT:
Eksekutif Pentadbiran
Eksekutif Sumber Manusia
Eksekutif Kewangan
Eksekutif Ujian & Persijilan
Eksekutif Latihan
Eksekutif Penjurian
Eksekutif Tugas Khas