Bulan November 2021 yang diakhiri dengan kemenangan pasukan Kuala Lumpur City dalam Kejohanan Piala Malaysia kali ke-100 telah meninggalkan memori tersendiri dalam jiwa rakyat Malaysia. Di sudut lain, persatuan turut mewujudkan beberapa memori unik dalam diri ahlinya melalui beberapa program yang berbeza. Berikut merupakan aktiviti Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) sepanjang bulan November tahu ini :
1. Santai Otai & Tip Osem (SOTO) : Bahasa Jiwa Bangsa
- Program ini telah berlangsung pada 13 November 2021 bersama Pn Fazidah binti Ahmad Puat, Ketua Penolong Setiusaha Kanan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini telah mendapat penglibatan penonton sebanyak 215 di Facebook dan 46 tontonan di YouTube.
2. Gerak Bersama Serikandi : Awasi Pemakanan Anda
- Program ini telah berlangsung pada 20 November 2021 bersama Intan Nurfarissha Sezali, Exco Sukan UPC UniSZA dan Pn. Salihah Brahim, Pegawai Sains Pemakanan PKD Kuala Nerus. Program jam 9.00 pagi ini telah mendapat penglibatan penonton sebanyak 166 di Facebook dan 40 tontonan di YouTube.
3. SELAMBER JOM (Sedetik Semalam Bersama Jo Marwi)
- Program ini telah berlangsung secara tertutup pada 20 November 2021 bersama YM En. Marwi bin Latif, Guru Utama Silat Cekak Hanafi. Program jam 9.15 malam ini telah mendapat penglibatan penonton sebanyak 60 tontonan di YouTube.
4. Latihan Lading 2021
- Program ini telah berlangsung pada 21 November 2021 dan melibatkan seramai 30 orang penerima anugerah parang lading. Program ini merupakan latihan lading pertama bagi tahun 2021. Ahli yang terlibat amat gembira menghadiri sesi latihan kali ini setelah sekian lama tiada aktiviti secara bersemuka.
5. Anda Tanya, Pakar Jawab : Santuni manusia, ADAB vs BIADAP
- Program ini telah berlangsung pada 27 November 2021 bersama En. Mohd Hairil Fitri bin Ja’far, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dan En. Ahmad Shafiai bin Uda Jaafar, penulis dan pakar ‘Gender Intelligence’. Program ini telah mendapat penglibatan penonton sebanyak 264 di Facebook dan 56 tontonan di YouTube.
Terima kasih pada semua yang terlibat. Semoga program-program yang dianjurkan ini memberi manfaat buat semua. Teruskan menyokong pihak persatuan Silat Cekak Hanafi.