Majlis Pelancaran Politik #MalaysiaTanpaRasuah

11 September 2021, Platform Maya : Majlis Pelancaran Politik #MalaysiaTanpaRasuah yang dianjurkan oleh pasukan #RasuahBusters pada jam 11.00pagi tadi telah melibatkan 400 pertubuhan bukan kerajaan termasuk Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Majlis tersebut turut disiarkan secara langsung di saluran Astro 501 dan semua media sosial Astro Awani.

Usaha pasukan Rasuah Busters yang diterajui oleh YBhg Dato’ Hussamuddin Yaacub, CEO Kumpulan Media Karangkraf ini telah mendapat sokongan penuh dari pelbagai pihak dalam misi mewujudkan negara yang bebas rasuah serta mendidik generasi muda membenci amalan keji tersebut. Oleh yang demikian, usaha ini wajar disokong dan disahut oleh semua rakyat Malaysia dalam membentuk negara Malaysia yang lebih mampan dengan pemimpin serta rakyat yang berdedikasi tinggi.

Semoga usaha ini berjaya mencapai tujuan menerapkan nilai amanah dalam diri seluruh warga negara Malaysia. Sesungguhnya, nilai moral merupakan karakter sesebuah bangsa.

#KitaJagaKita

#SilatCekakHanafi

#SinarHarian

#SinarUntukMalaysia

#RasuahBusters

#MakKataJangan

#NilaiMoralKarakterBangsa