31 Ogos 2021, Platform Maya : Pagi hari kemerdekaan yang ke-64 dimeriahkan dengan aktiviti senaman dalam program Gerak Bersama Serikandi (GBS). Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan semangat menjaga kesihatan diri melalui senaman serta rutin pemakanan yang betul. Tidak dinafikan pandemik antara punca berat badan naik dengan mendadak dek kerana ‘terkurung’ untuk tempoh masa yang lama. Meskipun begitu, tindakan perlu diambil segera bagi menyekat penyakit yang tidak diingini.
Oleh yang demikian, dua orang panel hebat telah dijemput bagi menjayakan misi sihat hari ini. Coach Hariz, ahli fisioterapi di Imtiaz Physiotherapy dan Puan Aesyah Nadiah, pegawai dietitik di Sekolah Sukan Bukit Jalil telah dijemput sebagai tetamu GBS. Atur cara dimulakan dengan senaman secara langsung oleh Coach Hariz dan diikuti dengan perkongsian tip kurus oleh Puan Aesyah dalam tempoh lebih kurang 1 jam. Ruangan komen banyak dipenuhi dengan soalan-soalan yang menunjukkan minat penonton untk mencapai berat badan yang ideal.
GBS telah mendapat sebanyak 381 tontonan, 825 penglibatan (‘post engagment’) dan 553 reaksi di Facebook serta 35 tontonan di YouTube. Semoga semangat kekal sihat yang terbit melalui program ini kekal segar dalam jiwa penonton. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Nantikan pelbagai program menarik anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang akan datang.
#JomKempis
#SayaBersedia
#GerakBersamaSerikandi
#SilatCekakHanafi
#MalaysiaPrihatin
#KitaJagaKita