BICARA MERDEKA, Perjuangan Silat Melayu Masa Kini : Realiti & Harapan

Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
BUKAN BERMUSUH SEBAGAI TUJUAN,
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
MENYESUAIKAN DENGAN MAKNA KEMERDEKAAN.

30 Ogos 2021, Platform Maya : Program Bicara Merdeka dianjurkan dalam usaha menyemarakkan ambang kemerdekaan kali ini. Program yang berlangsung hampir 3 jam ini telah menjemput Ir. Ts. Wan Haswazer dan Ustaz Amar dari Akademi Penchak Malaysia sebagai tetamu istimewa. Mereka merupakan jawantankuasa tinggi Akademi Penchak Malaysia.

Pelbagai kisah menarik terungkap antara dua silat. Walaupun demikian, satu titik persamaan berjaya dicapai antara Silat Gayong dan Silat Cekak Hanafi. Kesemua panel bersepakat bahawa silat melayu sekarang sukar dihargai oleh bangsa sendiri kerana persepsi mitos yang mendalam di fikiran rakyat Malaysia. Wakil kepada kedua-dua silat tersebut sedar bahawa pembawakan silat perlu lebih mengikut arus zaman bagi menarik minat generasi muda. Mereka sangat berharap suatu masa nanti martabat dan identiti seni silat Melayu akan dijulang tinggi oleh bangsa sendiri serta mampu diletakkan sama taraf dengan seni bela diri seluruh dunia yang lain.

Program yang disiarkan secara langsung ini mendapat sebanyak 324 tontonan, 695 penglibatan (‘post engagment’) dan 589 reaksi di Facebook serta 30 tontonan di YouTube. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga perkongsian ini berjaya menyemarakkan semangan juang dalam diri rakyat Malaysia. Teruskan menyokong program persatuan yang akan datang.

#KitaJagaKita #MalaysiaPrihatin #SilatCekakHanafi #AkademiPenchakMalaysia