Temuramah Bersama Rasuah Busters di Sinar Harian

23 Ogos 2021, Shah Alam : Lanjutan sesi perjumpaan penjajaran antara wakil dari Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) bersama Presiden serta ahli-ahli Rasuah Busters pada tempoh hari, sebagai rakan gabungan, Silat Cekak Hanafi telah dijemput untuk menghadiri sesi temuramah bersama Rasuah Busters di studio Sinar Harian bagi melontarkan pendapat berkaitan rasuah yang berlaku di dalam masyarakat dan implikasi kepada sosio budaya negara.

Dalam satu sesi, menurut pendapat Setiausaha Agung Silat Cekak Hanafi, Malaysia telah menunjukkan penurunan Indeks Persepsi Rasuah dari tangga ke 51 ke tangga 57. Ia adalah satu tanda positif tetapi walaubagaimanapun usaha mendidik masyarakat berkenaan bahaya rasuah perlu dipergiatkan lagi sehingga semua masyarakat tiada lagi toleransi terhadap rasuah.

Akhir kata, pihak Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Rasuah Busters atas pelawaan sebagai rakan gabungan dan menyambut baik usaha murni dalam memberi kesedaran kepada masyarakat bahaya akibat yang disebabkan oleh budaya rasuah. Harapan kami berharap agar kita semua sentiasa konsisten dalam memastikan diri setiap individu tidak terpalit dengan sesuatu yang melibatkan rasuah.

Bersama kita mencegah rasuah.

#kitajagakita

#silatcekakhanafi

#sinaruntukmalaysia

#rasuahbusters

#makkatajangan

#nilaimoralkarakterbangsa