Santai Otai & Tip Osem (SOTO) : Penjagaan Diri

22 Ogos 2021, Platform Maya : SOTO yang sering dikenali sebagai makanan telah dijenamakan semula sebagai sebuah program yang dianjurkan khas bagi mendengarkan nasihat serta mencungkil tip hebat dari orang lama Silat Cekak Hanafi. Orang lama atau lebih dikenali sebagai otai yang dijemput kali ini adalah Tn. Hj. Amrahi bin Buang, Presiden Silat Cekak Hanafi. Beliau juga adalah merupakan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia.

Program ini telah berlangsung hari ini selama hampir dua jam di platform Facebook dan juga YouTube. Kini jumlah tontonan di Facebook telah mencapai seramai 613 orang manakala tontonan di YouTube telah mencapai sebanyak 52 tontonan. Pelbagai perkongsian yang bermanfaat telah dikongsikan oleh otai kali ini dan perkongsian beliau pastinya lebih menarik setelah dikaitkan antara penjagaan diri dengan amalan silat serta kisah Almarhum Ustaz Hanafi dahulu.

Beliau menegaskan bahawa ubat tidak sesekali mempunyai kuasa untuk menyembuhkan tetapi sebaliknya hanya Allah sahaja yang mempunyai kuasa tersebut. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu adalah tetapan di bawah kekuasaan-Nya.

Teruskan sokongan anda kepada program persatuan yang akan datang. Semoga kebaikan ilmu yang bermanfaat ini terus dikongsikan kepada semua.