PENSEJAJARAN MISI SEBAGAI RAKAN GABUNGAN #RASUAHBUSTERS

Sukacita dimaklumkan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) telah bersetuju untuk mendokong penuh usaha murni @rasuahbusters bagi menangani rasuah di negara kita. Kempen ini turut disokong oleh beberapa pihak media serta persatuan bukan kerajaan yang lain.

Satu perjumpaan penjajaran antara pihak persatuan serta YBhg Dato’ @Hussamuddin Yaacub, CEO @kumpulan_media_Karangkraf telah diadakan pada pagi hari ini. Turut hadir Tn. Hj. Amrahi, Presiden Silat Cekak Hanafi, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan, serta Majlis Mesyuarat Negeri setiap cawangan. Menurut YBhg Dato’ Hussamuddin, kredibiliti Silat Cekak Hanafi tidak perlu disangkal lagi kerana beliau amat yakin nilai-nilai kerohanian yang diterapkan oleh Almarhum Ustaz Hanafi telah dipasakkan sungguh mendalam dalam hati setiap penuntut Silat Cekak Hanafi. Tn. Hj. Hishamudin selaku YDP Pahang merumuskan perjumpaan dengan dua patah perkataan iaitu ‘Pahang ON’. Jelas terpamer semangat beliau bagi kempen ini. Negeri lain senada dengan ibu pejabat bersama misi menyokong penyertaan Silat Cekak Hanafi sebagai rakan gabungan #RasuahBusters.

Visi #RasuahBusters dan adalah bagi membangun sistem nilai dalam legasi Malaysia yang sifar toleransi rasuah dan bebas dari penyalahgunaan kuasa. Selain daripada itu, kempen #MakKataJangan turut dilancarkan serentak yang turut mempunyai visi serta misi yang sama bagi mencegah aktiviti tidak bermoral tersebut.

Oleh yang demikian, kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia bagi ikuti, langgani, dan sukai segala media sosial yang tertera di bawah dalam usaha menyebarluas maklumat sekaligus mencapai visi dan misi kempen berkenaan. Berikut merupakan pautan media sosial yang terlibat :

RASUAH BUSTERS

  1. FACEBOOK: https://www.facebook.com/rasuahbusters/
  2. TWITTER: https://twitter.com/rasuahbusters
  3. INSTAGRAM: https://www.instagram.com/rasuahbusters/
  4. YOUTUBE: https://youtube.com/channel/UCD9fJpmx8njJkGd3vIhOn0g
  5. TIKTOK:
    https://vt.tiktok.com/ZSJnoob4K/

MAK KATA JANGAN

  1. FACEBOOK: https://www.facebook.com/Mak-Kata-Jangan-114085334029128/
  2. TWITTER: https://twitter.com/MakKataJangan
  3. INSTAGRAM: https://www.instagram.com/rasuahbusters/
  4. YOUTUBE: https://www.youtube.com/channel/UCR-_Oww4Xxslf5IXMRZwZ0A
  5. TIKTOK:
    https://vt.tiktok.com/ZSJW1Rh9t/

Bersama kita mencegah rasuah.

#KitaJagaKita

#SilatCekakHanafi

#SinarHarian

#SinarUntukMalaysia

#RasuahBusters

#MakKataJangan

#SinarUntukMalaysia

#NilaiMoralKarakterBangsa