KURSUS JURULATIH TAHAP 3

14 Ogos 2021, Platform Maya : Seramai 50 orang jurulatih Silat Cekak Hanafi telah menyertai Kursus Jurulatih Tahap 3 yang dianjurkan melalui platform Zoom Meeting. Peserta turut terdiri daripada jurulatih tahap 2 yang telah berkhidmat selama 3 tahun atau lebih. Turut hadir YM En. Marwi bin Latif, Guru Utama Silat Cekak Hanafi, Tn. Hj Amruddin bin Buang, penasihat Silat Cekak Hanafi, Tn. Hj. Amrahi bin Buang, presiden Silat Cekak Hanafi, En. Mohammad Rais bin Abu Noh, Nain Presiden 1 Silat Cekak Hanafi, En. Norhaiby bin Mohd Shariff, setiausaha Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi serta beberapa ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi.

Kursus kali ini lebih menekankan kefahaman persilatan yang lebih terperinci tethadap semua peserta. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua panel yang mencurahkan ilmu-ilmu istimewa kepada para peserta. Perkongsian tersebut merupakan usaha pihak Lembaga Persilatan dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi bagi menjaga kualiti jurulatih yang dilantik oleh persatuan. Di akhir kursus, Jurulatih terus bersemangat dengan interaksi bersama YM Guru Utama melalui beberapa perkongsian oleh beliau.

Semoga setiap perkongsian tersebut memberi manfaat kepada semua. Terima kasih kepada jawatankuasa yang menjayakan kursus kali ini serta para peserta yang sudi melapangkan masa bagi menyertai kursus tersebut.