MAJLIS TAHLIL ALMARHUM USTAZ HANAFI & USRAH PERDANA

13 Ogos 2021, Platform Maya : Kehilangan Almarhum Ustaz Hanafi masih dirasai oleh setiap penuntut walaupun setelah 35 tahun pemergian beliau. Oleh yang demikian, majlis tahlil buat Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad telah dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi).

Tiga platform maya telah dimanfaatkan bagi melangsungkan program Majlis Tahlil dan Usrah Pedana Silat Cekak Hanafi. Seramai 531 orang telah menonton di siaran langsung Facebook, 97 orang telah menonton di siaran langsung YouTube, dan seramai 51 ahli Silat Cekak Hanafi telah menyertai platform Zoom Meeting. Turut hadir YM En Marwi bin Latiff, Guru Utama Silat Cekak Hanafi, Y Bhg. Dato’ Hj Md Nasir Md Arshad, penasihat Silat Cekak Hanafi, Tn Hj Amrahi Buang, Presiden Silat Cekak Hanafi, dan En. Norhaiby Mohd Shariff, setiausaha Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi.

Usrah perdana dengan tajuk konsep ilmu dan amal telah disampaikan oleh Y Bhg. Dato’ Hj Md Nasir Md Arshad. Beberapa kenangan silam bersama Almarhun Ustaz Hanafi turut diceritakan beliau dengan penuh nilai sentimental. Beliau menegaskan setiap pengamal silat perlu sentiasa mengamalkan sifat Siddiq dan Amanah kerana itulah sifat mukmin sejati. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program kali ini. Semoga anjuran majlis ini memberi manfaat buat semua.