Borak Bersama ‘Team’ Serikandi (BOBATEAS)

7 Ogos 2021, Platform maya : Buat julung kalinya unit serikandi telah menganjurkan program Borak Bersama ‘Team’ Serikandi atau singkatannya dipanggil BOBATEAS melalui platform Zoom Meeting. Program ini turut disiarkan di saluran Youtube rasmi Silat Cekak Hanafi. Program yang berlangsung dari jam 9.15p.m hingga 11.00p.m ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara serikandi sama ada ahli lama mahupun ahli baru.

Seramai 25 orang serikandi telah menyertai program ini. Pelbagai kisah menarik serta pesanan berguna telah dikongsikan antara peserta. Perbezaan kehidupan bersama persatuan sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga turut dikongsi oleh beberapa serikandi lama Silat Cekak Hanafi. Tambahan lagi, lima serikandi bertuah telah berjaya memenangi kupon Tealive melalui program ini.

Semoga serikandi terhibur sepanjang BOBATEAS berlangsung serta semoga hubungan yang terjalin kekal tersemat didalam hati. Diharap lebih ramai serikandi yang akan menyertai BOBATEAS yang akan datang.