KURSUS INDAHNYA BERKELUARGA

24 Julai 2021, platform maya : Seramai 50 ahli Silat Cekak Hanafi telah menyertai kursus yang dianjurkan khas untuk ahli yang berusia 20 tahun ke atas. Kursus ini telah berlangsung selama 2 ½ jam melalui aplikasi Zoom Meeting. Turut hadir adalah Tn Hj Amrahi bin Buang, presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi), En. Mohd Rais Abu Noh, naib presiden 1 Silat Cekak Hanafi, serta En. Norhaiby, setiausaha Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi.

Pelbagai perkongisan unik bagi menjaga keharmonian rumah tangga telah dikongsikan oleh Tuan Haji Amruddin bin Buang, penasihat Silat Cekak Hanafi. Segala persoalan daripada para peserta turut dijawab dengan lengkap oleh beliau.

Menurut En. Azfar bin Safarizul yang merupakan salah seorang peserta, kursus ini amat ringkas tetapi padat dengan pengisian yang bagus. Cik Siti Nur Fatihah turut mengatakan bahawa kursus ini mempunyai pengisian yang baik dan boleh dianjurkan lagi di masa hadapan. Beberapa peserta lain turut mengatakan bahawa kursus ini berjalan dengan lancar dan amat menarik untuk diteruskan di masa akan datang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi kursus ini. Semoga semua mendapat manfaat dan sentiasa mengamalkan perkongsian tersebut dalam usaha membina keluarga yang bahagia sepanjang masa.