Mesyuarat Ketua-ketua Perhubungan dan Seranta Malaysia (CHCOMM) Kali Pertama

12 Julai 2021, Platform Maya : Julung kalinya mesyuarat antara semua Ketua Perhubungan dan Seranta telah dianjurkan secara maya pada jam 9.30 malam menggunakan platform Zoom Meeting. Perjumpaan secara maya ini diadakan bagi merapatkan hubungan antara negeri serta menyelaraskan misi dan halatuju Jabatan Perhubungan dan Seranta di peringkat nasional. Pelbagai idea-idea yang menarik telah dikemukakan.

Turut hadir, Naib Presiden 1, En. Mohd Rais b Abu Noh. Beliau mengucapkan syabas di atas penganjuran perjumpaan tersebut. Menurut beliau, dengan kemudahan digital yang ada, kita dapat mengoptimumkan gerak kerja di peringkat kebangsaan dan juga peringkat cawangan.

Terima kasih diucapkan pada semua yang terlibat. Semoga usaha ini sentiasa diteruskan lagi bagi mencapai misi yang telah dipersetujui bersama.

Unit Media Siber
Jabatan Perhubungan dan Seranta