Kursus Jurulatih Tahap 2

3 Julai 2021, Platform Maya : Seramai 170 jurulatih tahap 1 dan tahap 2 telah berjaya menghadiri Kursus Jurulatih Tahap 2 yang berlansug dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Buat pertama kalinya para peserta berjaya mencatatkan kehadiran penuh bagi kursus yang dijalankan secara atas talian.

Pelbagai pengisian yang bermanfaat telah dikongsi bersama para peserta dengan fokus bagi melahirkan jurulatih yang berkualiti di seluruh negara. Semoga semua yang terlibat berjaya melaksanakan harapan persatuan dalam menjalankan amanah tersebut.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan kursus ini. Teruskan menyokong pergerakan persatuan dan membantu satu sama lain.

#KitaJagaKita

#KursusJT2Selesai