Anda Tanya, Pakar Jawab

Vaksin: Solusi atau Mitos?

2 Julai 2021, Platform maya : Program Anda Tanya, Pakar Jawab telah berlangsung dengan jayanya di halaman Facebook rasmi Silat Cekak Hanafi. Doktor Noor Idayu dan Tn Hj Amrahi telah dijemput menjadi panel bagi program ini. Program yang berlangsung hampir 2 jam itu dianjurkan bagi memerangi mitos-mitos berkaitan vaksin dan memberi penerangan lanjut kebaikan vaksin Covid-19.

Pelbagai persoalan yang dikumpulkan dalam tempoh seminggu sebelum program telah dikupas sebaiknya oleh panel jemputan. Segala salah faham dan mitos telah dibidas serta merta oleh para panel dengan harapan para penonton membuka minda untuk pengambilan vaksin.

Kepada yang terlepas mengikuti siaran langsung program tersebut, rakaman siaran boleh ditonton di halaman Facebook rasmi di pautan https://www.facebook.com/silatcekak/videos/792006531457444/. Setakat ini, 321 telah pun menonton siaran ini. Semoga siaran ini dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak. Sila kongsikan siaran tersebut bagi menyebarkan kepentingan vaksinasi di kalangan masyarakat. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung program tersebut.

#PerangiMitos

#DapatkanKebenaran

#LindungDiriLindungSemua