20 Jun 2021, Platform Zoom : Buat kali pertama, Lembaga Pelajaran Tatatertib (LPT) berjaya menganjurkan kursus jurulatih tahap 1 yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 19 Jun 2021 hingga 20 Jun 2021 secara atas talian. Seramai 111 orang peserta telah hadir pada hari pertama kursus manakala hanya 62 orang peserta hadir untuk hari kedua.
Kursus ini diadakan bertujuan melestarikan pemahaman para jurulatih berkenaan perjuangan Silat Cekak Hanafi dan juga teknik silat yang betul. Hal ini penting bagi menjamin kualiti pengajaran jurulatih Silat Cekak Hanafi.
Menurut En. Norhaiby, Setiausaha LPT Silat Cekak Hanafi, beliau bersyukur kursus telah berjalan dengan baik. Beliau juga berkata penceramah telah menjalankan tugas mereka dengan baik dan peserta juga aktif memberi respon. Pelbagai maklumat berjaya disampaikan meskipun kursus hanya secara atas talian. Menurut beliau lagi, terdapat beberapa perkara yang perlu ditambah baik bagi kursus yang akan datang.
Terima kasih pada semua yang terlibat. Diharap segala perkongsian yang diceritakan akan dimanfaatkan oleh semua peserta yang hadir.
Unit Media Siber
Silat Cekak Hanafi