Penyertaan Ahli Baru di Kampung Pangsun

12 Februari 2020, Kuala Lumpur : Telah berlangsung Majlis Ijazah di Maahad Tahfiz Kampung Pangsun yang melibatkan ahli dari Maahad Tahfiz Majid Pangsun dan Mutiara Integrated Secondary School (MISS). Majlis Penerangan yang berlangsung pada 9 Februari 2020 yang lepas di Maahad Tahfiz Masjid Pangsun telah Berjaya menarik minat pelajar tahfiz tersebut untuk menyertai Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi.

Berikut merupakan gambar sekitar Majlis Penerangan yang berlangsung pada 9 Februari 2020 yang lepas :

Dibawah adalah gambar sekitar Majlis Ijazah yang berlangsung pada 12 Februari 2020 :

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam usaha meramaikan ahli Silat Cekak Hanafi. Selamat datang diucapkan kepada ahli-ahli baru yang telah menyertai Silat Cekak Hanafi. Semoga penyertaan ini bakal memberi manfaat pada pelbagai pihak.