Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-21

1 Februari 2020, Selangor : Seramai 58 orang perwakilan dan 20 orang pemerhati telah berjaya hadir Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-21. Mesyuarat yang berlangsung di Auditorium Raden Umar, Universiti Putra Malaysia dimulakan pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan pengerusi tetap, YM Guru Utama dan Naib Presiden 1 Silat Cekak Hanafi.

Pelbagai usul telah dibincangkan bagi menambahbaik persatuan di masa akan datang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga mesyuarat ini mampu menghasilkan kejayaan baru untuk persatuan.