Majlis Anugerah Kecemerlangan 2020

1 Februari 2020, Selangor : Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2020 telah berlangsung di Auditorium Raden Umar, Universiti Putra Malaysia. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Leftenen Komander Profesor Madya Geostat Doktor Mohd Hasmadi bin Ismail, Pengetua Kolej Kosas Universiti Putra Malaysia mewakili Timbalan Naib Canselor.

Majlis bermula jam 9.00pagi dengan istiadat perarakan masuk yang penuh tradisi. Sumbangan dana bangunan Silat Cekak Hanafi turut dilancarkan dalam majlis tersebut.

Antara agenda majlis adalah pertauliahan ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) Silat Cekak Hanafi sesi 2020/2022, penganugerahan Pingat-Pingat, pertauliahan penyelia dan jurulatih, serta pengurniaan Sijil Menengah Persilatan dan Sijil Rendah Persilatan.

Majlis diakhiri dengan ikrar tenaga pengajar, tunduk hormat penerima Sijil Rendah Persilatan dan perarakan keluar dewan.

Tahniah kepada semua penerima anugerah dan sijil persilatan serta kepada semua yang telah ditauliahkan sebagai ahli LPT, penyelia dan jurulatih. Terima kasih kepada yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.