Persidangan Penyelia & Pembantu Penyelia Kawasan Utara

Tapah, 18 Januari 2020 : Seramai 12 orang penyelia dan pembantu penyelia daripada Perak, Pulau Pinang, dan Kedah berjaya menghadiri Persidangan Penyelia dan Pembantu Penyelia yang bertempat di SMK Sri Tapah, Tapah, Perak.

Turut hadir En. Noor Azlan Shah Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (Silat Cekak Hanafi), En. Norazmali Sham bendahari Silat Cekak Hanafi, En. Azwan Yunos ketua perhubungan dan seranta Silat Cekak Hanafi, En. Norhaiby setiausaha lembaga pelajaran dan tatatertib Silat Cekak Hanafi dan En Mohd Rais ketua pegawai eksekutif Akademi Silat Cekak Hanafi.

Pelbagai perancangan idea telah diusul dan dibincang bagi memperkasakan pengurusan kelas latihan di Kawasan utara. Semoga diskusi ini menghasilkan impak yang positif untuk semua. Tahniah dan terima kasih pada semua yang terlibat.