Majlis Pelancaran Sambutan 55 Tahun Silat Cekak Hanafi & Makan Malam Silat Cekak Hanafi 2019

28 Disember 2019, Kuala Lumpur- Majlis Pelancaran Sambutan 55 Tahun Silat Cekak Hanafi & Makan Malam Silat Cekak Hanafi 2019 telah berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Bharu hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia En. Marwi bin Latiff, Penaung merangkap Guru Utama Silat Cekak Hanafi.

Majlis ini telah menyaksikan logo sambutan 55 tahun dilancarkan dan akan digunapakai sepanjang sabutan 55 tahun Silat Cekak Hanafi. Sambutan tersebut akan dilaksanakan di sepanjang tahun 2020 sehingga penghujung tahun 2021.

Sambutan 55 tahun Silat Cekak Hanafi dirangkumi sebanyak 21 program utama yang akan dilaksana dalam masa 2 tahun tersebut. Satu program pada tahun 2019, lima program besar dan lima program kecil pada tahun 2020 serta lima program besar dan lima program kecil pada tahun 2021 akan dianjurkan bersempena sambutan 55 tahun Silat Cekak Hanafi. Antara program yang bakal berlangsung adalah Majlis Anugerah Kecemerlangan, Kejohanan Wajadiri Nasional ke-23, Demo tour de’region, Konvensyen Silat Cekak Hanafi, Cabaran Pandai Silat, Persidangan Presiden Institut Pengajian Tinggi, Sukan Silat Cekak Hanafi dan banyak lagi program menarik yang lain.

Di majlis tersebut juga diperkenalkan bangunan Silat Cekak Hanafi yang akan mula dibangunkan pada tahun 2021. Bangunan tersebut telah diperkemaskan rekabentuk pada tahun 2019 untuk menyesuaikan dengan kehendak semasa dan pihak berkuasa tempatan.

Sambutan ulang tahun kelahiran YM En Marwi bin Latif turut diadakan pada hari yang sama. Semoga YM Guru Utama Silat Cekak Hanafi sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang berterusan.

Presiden Silat Cekak Hanafi, En. Nor Azlan Shah bin Abdull Gaffoor berharap Sambutan 55 Silat Cekak Hanafi dapat dianjurkan dengan jayanya supaya silat terus diiktiraf oleh masyarakat sebagai medium dan juga cabang ilmu yang wajib dipelajari oleh semua lapisan masyarakat.

#55TahunSilatCekakHanafi