Lensa : Puncak Mahligai di Tawan Pendekar Silat Cekak Hanafi

Taman Negara Johor, Gunung Ledang, 05 OKTOBER 2019 :Puncak Mahligai iaitu Puncak Gunung Ledang berketinggian 1276 meter (4186 kaki) dari aras laut telah berjaya ditawan oleh 9 pendekar & serikandi Silat Cekak Hanafi.

Misi kali ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Silat Cekak Hanafi, En. Mohammad Rais Bin Abu Noh dan ahli-ahli lain terdiri daripada ahli MMK, Ibu Pejabat & Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program pendakian kali ini juga merupakan salah satu program dibawah Bulan Sukan Negara 2019 oleh Kementerian Belia & Sukan Malaysia. Para pendaki juga turut menerima e-sijil daripada pihak KBS.

ITINERARI MISI #PENDAKISILATCEKAKHANAFI MENAWAN PUNCAK GUNUNG LEDANG 2019 :

JUMAAT – 05 OKTOBER 2019

03.00 PAGI : Berkumpul di Ibu Pejabat
04.00 PAGI : Tiba di RNR Nilai
05.30 PAGI : Konvoi tiba di RNR Tangkak (Solat Subuh)
06.00 PAGI : Konvoi bergerak ke Pekan Tangkak (Sarapan)
07.00 PAGI : Konvoi tiba di Taman Negara Johor, Gunung Ledang (Pendaftaran)
08.30 PAGI : Pendakian bermula
03.30 PTG : Pendaki tiba di Puncak Mahligai
04.30 PTG : Pendaki mula turun
09.00 MLM : Pendaki tiba di bawah
11.00 MLM : Konvoi bertolak ke KL
2.00 PAGI : Tiba di Ibu Pejabat

Walaupun gunung ledang hanya berketinggian 1276 meter tetapi laluannya mencabar fizikal & mental para pendaki di tambah pula hujan yang turun dengan lebat pada jam 6.30 petang.

Pendekar & Serikandi Silat Cekak Hanafi berjaya menamatkan pendakian tanpa sebarang kecerderaan & berada dalam keadaan yang sihat.

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PENDAKI SILAT CEKAK HANAFI :

  1. MOHAMMAD RAIS BIN ABU NOH
  2. MOHD AZWAN BIN OTHMAN
  3. MOHAMAD HANAFI BIN MUNSHI
  4. NUR RAFIZAH BINTI RAHAMAD
  5. NURBAIZURA BINTI SAMSUDDIN
  6. NUR SYUFA’AH UZMA BINTI AHMAD JAD
  7. FATIN NURSYAZA BINTI SHAHARUDIN
  8. NUR IRDINA ATHIRAH BINTI MAZLAN
  9. SITI MUSLEHA BINTI MUSA

JKT Kebudayaan, Sukan & Rekreasi (KSR) sedang merancang pendakian seterusnya & secara tidak langsung mempersiapkan ahli-ahli untuk menawan Puncak Gunung Kinabalu pada tahun 2021.

Ikuti gambar-gambar sepanjang pendakian di www.instagram.com/ksr.silatcekakahanafi

Sekian,

Hanafi Munshi,

JKT Kebudayaan, Sukan & Rekreasi (KSR),

Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK),

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.