Lensa: Nadi Silat Cekak Hanafi di Pantai Timur bermuafakat di UNisZa

Terengganu, 24 September 2019 : Seramai 14 orang ahli Silat Cekak Hanafi telah terlibat dalam persidangan penyelia cawangan pantai timur pada 14 September 2018 yang lalu. Persidangan melibatkan penyelia dan pembantu penyelia daripada cawangan negeri Pahang dan Terengganu sahaja.

Persidangan telah berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Persidangan tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Mulia En. Marwi bin latiff, penaung merangkap guru utama Silat Cekak Hanafi dan Dato Hj Md Nasir, penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (Silat Cekak Hanafi).

Turut hadir En Norhaiby, setiausaha Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi, En. Azwan Othman, setiausaha kerja Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi, dan Ahli Majlis MMK iaitu En. Mohamad Hanafi dan En Norazali, En Hishamudin, YDP Silat Cekak Hanafi cawangan Pahang dan En Halim, YDP Silat Cekak Hanafi cawangan Terengganu turut hadir bagi memeriahkan lagi persidangan tersebut.

Semoga persidangan ini menyemarakkan semangat para penyelia untuk menambahbaik prestasi kelas masing-masing.