Lensa: 40 orang lega dengan solusi ujian

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2019 : Seramai 40 orang ahli tamat Silat Cekak Hanafi dari pelbagai cawangan telah berjaya menduduki ujian Sijil Menengah Persilatan (SMP) pada 28 September 2019, hari Sabtu yang lalu.

Ujian telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 1, Kuala Lumpur dari jam 8.00a.m hingga 6.30p.m.

Sijil Menengah Persilatan (SMP) dianjurkan kembali setelah 5 tahun oleh Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (Silat Cekak Hanafi). Hanya mereka yang terpilih oleh Guru Utama dapat menduduki ujian SMP tersebut.

Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga kejayaan dalam ujian ini menjadi inspirasi kepada ahli lain untuk lebih bersemangat mencapai kejayaan dalam persatuan.