PELARI SILAT CEKAK HANAFI MENYERTAI FIT MALAYSIA @ BULAN SUKAN NEGARA 2019

Silat Cekak Hanafi menyambut baik hasrat KBS dan menyokong program Bulan Sukan Negara pada bulan Oktober tahun ini dengan menghantar wakil #PelariSilatCekakHanafi di bawah usaha JKT Kebudayaan, Sukan & Rekreasi (KSR) Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) dalam program Fit Malaysia & Bulan Sukan Negara 2019 Fun Run & Ride bertempat di KL Sports City, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2019 jam 7.00 Pagi.

Program larian pada kali ini menawarkan yuran penyertaan secara PERCUMA kepada seluruh rakyat Malaysia dan bakal menerima Finisher Medal (First 1500 Finisher), makanan ringan & e-sijil daripada pihak KBS.

“Ayuh kita berlari atau berbasikal dan mengibarkan bendera Silat Cekak Hanafi di garis penamat KL Sports City, Bukit Jalil!.”

Cara Pendaftaran :

  1. Muat turun / Download Apps “JomRun” dalam Playstore.
  2. Daftarkan diri anda dalam acara larian tersebut.
  3. Maklumkan penyertaan anda kepada wakil KSR & kami akan bantu mengambil Race Kit anda.

Sekian,

JKT Kebudayaan, Sukan & Rekreasi (KSR),

Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK),

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.