Tahniah pendekar dan srikandi KUIS

Bangi, 9 September 2019 : Seramai empat orang pendekar dan tujuh orang srikandi Silat Cekak Hanafi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah bergraduasi pada 6 hingga 8 September 2019 yang lepas dalam Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor kali ke-22.

Sebahagian daripada mereka turut terlibat dalam persembahan Silat Tari khusus pada 6 September 2019 di hadapan Profesor Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri (Rektor KUIS) dan pada 7 September 2019 di hadapan YAB Tn Hj Amirudin bin Shari (Menteri Besar Selangor).

Berikut merupakan para pendekar dan srikandi Silat Cekak Hanafi KUIS yang telah bergraduasi tahun ini :

  1. Muhammad Jazmi bin Jahari
  2. Muhamad Hakimi Hafiz bin Abdul Latif
  3. Izzat Asyraf bin Azman
  4. Aqmal Iqram bin Zulfazil
  5. Farah Shairah binti Baharum
  6. Nur Fatin Syafiqah binti Mohd Zokhie
  7. Syarifah Nurul Athirah binti Syed Zulnurin
  8. Nur Ain binti Ahmad
  9. Ariffadzillah binti Abdup Halim
  10. Nor Shuhadah binti Mustafar
  11. Tuan Nur Adlin binti Tuan Azizi

Kami seluruh warga Silat Cekak Hanafi mengucapkan ribuan tahniah kepada semua yang telah berjaya menghabiskan pengajian tinggi kali ini. Semoga kejayaan ini berterusan hingga ke alam kerjaya. Kejayaan ini telah membuktikan silat bukanlah penghalang dalam menghadapi kejayaan. Diharap semua siswa, siswi dan graduan akan terus kekal bersama persatuan dalam usaha memartabatkan Silat Cekak Hanafi.