Lensa: 15 JT3 terus yakin dalam meneruskan amanah

Kuala Lumpur, 8 September 2019 : Seramai 15 orang jurulatih tahap 3 telah menyertai Kursus Jurulatih Tahap 3 Silat Cekak Hanafi yang berlangsung di Akademi Silat Cekak Hanafi di Dato’ Keramat, Kuala Lunpur. Turut Hadir En. Marwi bin Latif (YM Guru Utama Silat Cekak Hanafi), Dato Hj Md Nasir (Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi)), Tn. Hj Amruddin (Penasihat Silat Cekak Hanafi), En Nor Azlan Shah (Presiden Silat Cekak Hanafi), En. Norhaiby (Setiausaha Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi), Tn Hj Shafie (ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi).

Terdapat enam slot teori dan satu slot praktikal yang dilangsungkan dalam kursus kali ini. Slot-slot tersebut adalah konsep keyakinan dan ilmu keyakinan dari pandangan Silat Cekak, iktikad ahli sunnah wal jamaah, konsep taqwa dalam Silat Cekak, sejarah nabi-nabi Ulul-Azmi, dan makna pantun Silat Cekak.

Slot praktikal dilangsungkan kira-kira pada jam 3.30 petang selama satu jam. Kursus diakhiri dengan perkongsian petua daripada YM Guru Utama.

Semoga pengisian ini menanam minat yang lebih mendalam terhadap hati jurulatih-jurulatih yang hadir.

82total visits,8visits today