Khalayak : Silat Cekak Hanafi Memeriahkan Karnival Falak

Melaka, 7 September 2019 : Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) telah mengendalikan program cegah jenayah dan persembahan Silat Cekak Hanafi di Karnival Falak peringkat negeri Melaka pada jam 5 petang. Karnival Falak tersebut berlangsung di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka bersempena sambutan Maal Hijrah 1441H.

Program cegah jenayah dikendalikan oleh En. Norhaiby selaku setiausaha Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi dan dibantu oleh saudara Hafiz.

Persembahan Silat Cekak Hanafi dipersembahkan oleh tujuh orang ahli dari unit persembahan, Jabatan Perhubungan dan Seranta Silat Cekak Hanafi.

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata masyarakat tentang kepentingan mempelajari silat Melayu dalam usaha mempertahankan keselamatan diri.

163total visits,1visits today