Khalayak : Demo Kemerdekaan

Bidor, 31 Ogos 2019 : Seramai 14 orang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi dari SMK Syeikh Abdul Ghani Bidor telah memenuhi jemputan demo bagi menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan kali ke-62.

Demo tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna Kg Chegar, Bidor Perak. En. Khusaini selaku penyelia Silat Cekak Hanafi SMK Syeikh Abdul Ghani telah mengetuai demo tersebut sambil dibantu oleh En. Affandy.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga semangat kemerdekaan terus membara dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

#KeArah55SCH
#SayangiMalaysiaku