Info semasa : KSR- Misi Menawan Gunung Ledang 2019

27 OGOS 2019 – Silat Cekak Hanafi meneruskan lagi kemaraan dengan melancarkan Misi #PendakiSilatCekakHanafi menawan puncak Gunung Ledang yang berketinggian 1276 meter / 4186 kaki pada 5 -6 Oktober 2019 (2 hari 1 malam) melalui denai Pekan Asahan, Melaka. Tema kali ini “Menelusuri Jejak Laksamana Hang Tuah” kerana dipercayai Laksamana Hang Tuah melalui denai Asahan untuk naik ke Gunung Ledang.

Pendakian kali ini merupakan pendakian kedua selepas Silat Cekak Hanafi berjaya menawan Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu berketinggian 1053 meter / 3456 kaki pada 01 Mei 2019. Secara keseluruhan misi-misi pendakian ini termasuk dalam perancangan besar Silat Cekak Hanafi menawan puncak Gunung Kinabalu pada tahun 2021.

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dibawah kelolaan Jawatankuasa tetap Kebudayaan, Sukan & Rekreasi (KSR).

Pihak penganjur menyeru kepada semua ahli-ahli Silat Cekak Hanafi yang berumur 18 tahun ke atas tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam program ini terutama ahli-ahli di peringkat IPT dan juga CAWANGAN.

Para peserta boleh membuat pra-pendaftaran secara online melalui :

KLIK >>> http://tiny.cc/ksr-ledang

Tarikh Tutup Pendaftaran pada 21/09/2019, 10.00 pm (Sabtu)

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Pendaftaran : 016-238 2307 (Siti Musleha)