LENSA : Seramai 46 orang siap siaga untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2019: Telah berakhir Kursus Jurulatih Tahap 2 Silat Cekak Hanafi di KUPTM, Kuala Lumpur anjuran Akademi Silat Cekak Hanafi. Kursus ini telah berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.

Kursus kali ini melibatkan seramai 46 orang jurulatih tahap 2 dan bakal jurulatih tahap 2 bagi tahun 2020. Turut hadir Tn Hj Amruddin selaku Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (Silat Cekak Hanafi) , En. Nor Azlan Shah (Presiden Silat Cekak Hanafi) , En. Norhaiby (Setiausaha Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi), Yang Mulia Cik Tengku Azlina (Setiausaha akademi Silat Cekak Hanafi), En. Kamaruzaman ( Ahli LPT Silat Cekak Hanafi) dan En. Hanafi (Penolong Bendahari Agung 1 Silat Cekak Hanafi).

Kursus ini diadakan bagi memberikan kefahaman yang lebih kepada jurulatih berkenaan intisari Silat Cekak Hanafi. Penyelarasan buah juga turut dijalankan bagi menjaga keaslian buah Silat Cekak Hanafi.

Beberapa slot khusus bagi membentuk jurulatih yang berhemah telah dilangsungkan dalam kursus kali ini. Antaranya slot pengurusan sistem kutipan yuran yang disampaikan oleh En. Hanafi bin Masman, slot penerangan mandi silat disampaikan oleh En. Norhaiby, slot konsep pantang larang disampaikan oleh En. Nor Azlan Shah dan slot taktik dan teknik mengajar disampaikan oleh En. Kamaruzaman.

Manakala panduan praktikal turut dikendalikan oleh En. Norhaiby. Kursus diakhiri dengan perkongsian oleh Tn. Hj. Amruddin berkenaan rahsia majlis ijazah.

Selamat menjalankan amanah yang dipikul dan semoga dapatan kursus ini menjadi kayu ukur semua jurulatih dalam menyampaikan pelajaran pada ahli di cawangan masing-masing.