Khalayak : 2F bergabung semarakkan Karnival Cakna Kesihatan dan Kesejahteraan di Marang

Marang, 25 Ogos 2019 : Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UniSZA telah dijemput untuk mengadakan perkongsian asas pertahanan diri pada 22 hingga 23 Ogos 2019 yang lalu.

Program yang bertempat di Rhu Rendang, Marang Terengganu itu dianjurkan oleh ‘Medical Imaging and Radiography Student Association of UniSZA’ (MIRSA) dengan kerjasama dari Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Asas pertahanan diri bagi wanita disampaikan oleh saudari Siti Nur Fatihah selaku jurulatih Silat Cekak Hanafi UniSZA dan dibantu oleh saudari Fatin Hanissa selaku jurulatih Silat Cekak Hanafi UIAM Gambang.

Manakala asas pertahanan diri bagi lelaki dikendalikan oleh Encik Muhammad Hafiz selaku penasihat Silat Cekak Hanafi UniSZA.

Perkongsian dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal. Diharap peserta yang terlibat dapat mengaplikasikan teknik yang diajar dalam situasi yang sesuai. Terima kasih pada semua yang terlibat.

#JagaDiriJagaMaruah
#SediakanPayungSebelumHujan
#KitaSilatCekakHanafi

193total visits,3visits today