Khalayak : Santuni undangan marhaban

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2019 : Kumpulan berzanji dan marhaban telah menyantuni undangan Tn Hj Amruddin bin Hj Buang, penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (Silat Cekak Hanafi) bagi majlis rumah terbuka Aidil Adha di kediaman beliau pada jam 10.00 pagi hari ini.

Kumpulan yang terdiri seramai 11 orang ini telah diketuai oleh En. Muhammad Naim bin Nawi, pengerusi JKT Agama dan Kebajikan Silat Cekak Hanafi. Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan lancar. Terima kasih atas jemputan tuan rumah sekeluarga.