ARENA : WAJADIRI2020

Kuala Terengganu, 14 Ogos 2019 : Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Profesor Madya Dr. Mohd Afandi bin Salleh, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

Kunjung hormat tersebut diwakili oleh Yang Berbahagia Dato Md Nasir b Md Arshad Penasihat Silat Cekak Hanafi, Encik Halim b Che Ros YDP Silat Cekak Hanafi cawangan Terengganu dan Encik Muhammad Hafiz b Abdullah penasihat Silat Cekak Hanafi UniSZA.

Kunjungan ini telah mendapat respon yang positif dan mendapat kelulusan dari pihak UniSZA. Pihak UniSZA juga akan memberi kerjasama penuh dalam usaha menjayakan Kejohanan Wajadiri Nasional ke-23 pada tahun depan.