Tahniah Silat Cekak Hanafi MRSM Kuala Klawang

10 Ogos 2019, Negeri Sembilan : Sukacita dimaklumkan bahawa Silat Cekak Hanafi MRSM telah menerima enam Anugerah pada Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2019.

Anugerah-anugerah tersebut adalah :

  1. Anugerah Khas Juri
  2. Anugerah Emas
  3. Anugerah Pemimpin Badan Beruniform – Guru Penasihat (dianugerahkan kepada En. Muhamad Hafizzudin bin Idris)
  4. Tokoh Kokurikulun Keseluruhan (dianugerahkan kepada saudari Batrisyia Hannah binti Suhaimi, Presiden Silat Cekak Hanafi MRSM Kuala Klawang)
  5. Tokoh Badan Uniform Seni Bela Diri (dianugerahkan kepada saudari Batrisyia Hannah binti Suhaimi, Presiden Silat Cekak Hanafi MRSM Kuala Klawang)
  6. Anugerah Setiausaha Badan Uniform (dianugerahkan kepada Nur Damia Farisha binti Afandi, Setiausaha Silat Cekak Hanafi MRSM Kuala Klawang)

Secara keseluruhannya Silat Cekak Hanafi MRSM Kuala Klawang telah dinobatkan sebagai Badan Uniform terbaik 2019.

Kami seluruh warga Silat Cekak Hanafi mengucapkan tahniah kepada semua ahli pasukan Silat Cekak Hanafi MRSM Kuala Klawang atas kejayaan yang dikecapi. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kelas-kelas Silat Cekak Hanafi di sekolah dan institut pengajian tinggi yang lain untuk terus maju meningkatkan prestasi kecemerlangan.