KSR : “THE HIGHEST MOTORABLE PEAK IN THE WORLD” KHARDUNG LA DI TAWAN!

03 Ogos 2019 – Khardung La, India – En. Mohd Rais Bin Abu Noh, Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Silat Cekak Hanafi merangkap ahli Lembaga Pelajaran & Tatatertib (LPT) secara berbasikal telah berjaya mengibarkan bendera Silat Cekak Hanafi di puncak tertinggi dunia yang boleh dinaiki oleh kenderaan bermotor.

Jalan tertinggi didunia terletak kira-kira 40KM daripada Leh, Ibu Kota Ladakh, salah satu daripada 3 wilayah di utara India, Jammu & Kashmir. Kawasan ini juga merupakan kawasan konflik dan bersepadan dengan Pakistan.

Gambar di permulaan kayuhan

Ekspedisi yang memakan masa selama 16 hari untuk tiba di puncak telah bermula pada 19 Julai 2019 di mana penerbangan En. Rais daripada Malaysia ke lapangan terbang Delhi, India.

Kejayaan julung kali ini oleh CEO Akademi Silat Cekak Hanafi telah menyuntik semangat dan inspirasi kepada seluruh ahli-ahli Silat Cekak Hanafi se Malaysia dalam meneruskan usaha-usaha meneruskan perjuangan Silat Cekak Hanafi.

Gambar sewaktu di puncak

Saya sebagai Pengerusi JKT Kebudayaan, Sukan & Rekreasi (KSR) ingin mengucapkan jutaan tahniah & berterima kasih kepada En. Rais atas kejayaan ini kerana ianya telah membuka banyak mata membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kita usaha bersungguh-sungguh dan perbuatan selari seperti apa yang zahir dari kata-kata.

Gambar sewaktu di puncak

Pada tahun 2021 Silat Cekak Hanafi akan menawan puncak Gunung Kinabalu dan KSR menyeru kepada seluruh ahli-ahli muda Silat Cekak Hanafi bersedia untuk menyahut cabaran ini dan kita menawan puncak Gunung Kinablu sebagai satu pasukan segerak, senafas & sa-udara.

“SYABAS DAN TAHNIAH EN. RAIS (CEO AKADEMI SILAT CEKAK HANAFI)!”

Sekian,
Hanafi Munshi,
Majlis Mesyuarat Kebangsaan (JKT KSR),
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.