Lensa : Persidangan Penyelia Silat Cekak Hanafi (Lembah Klang) 2019

27 Julai 2018, Kuala Lumpur : Telah berlangsung persidangan penyelia Silat Cekak Hanafi khususnya bagi cawangan Lembah Klang di Ibu Pejabat Silat Cekak Hanafi pada Sabtu yang lepas.

Seramai 29 orang penyelia dan pembantu penyelia telah terlibat dalam persidangan kali ini. Turut hadir Guru Utama Silat Cekak Hanafi, Yang Mulia En. Marwi bin Latiff, Presiden Silat Cekak Hanafi, En. Nor Azlan Shah Bin Abdull Gaffoor dan setiausaha akademi Silat Cekak Hanafi, Yang Mulia Tengku Azlina binti Tengku Ismail. Antara ahli-ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib yang turut bersidang adalah Tn Hj Amruddin bin Hj Buang, Dato Hj Md Nasir Md Arshad, Tn Hj Kamarul Baharaini bin Abd Latif, Tn Hj Shafei bin Abd Latif, En. Kamaruzaman bin Ahmad, En. Mohd Azua bin Mohd Zain dan En. Azwan Yunos bin Omar

Persidangan dimulakan dengan ucapan aluan Setiausaha Lembaga Pelajaran dan Tatatertib iaitu En. Norhaiby. Persidangan ini bertujuan bagi melicinkan pergerakan persatuan dengan membincangkan laporan dan isu di kelas masing-masing.

Persidangan berakhir dengan amanat daripada Guru Utama Silat Cekak Hanafi, Yang Mulia En. Marwi bin Latiff sekitar jam 4 petang.

Semoga segala diskusi di persidangan ini akan menjadi pemangkin bagi meningkatkan prestasi kelas Silat Cekak Hanafi khususnya di Lembah Klang.